Assalamualaikum
Aku lepasan STPM, result aku tak
lah hebat. Oleh kerana tahap matang yang kurang, aku boleh tak submit
permohonan UPU. Betul, semestinya aku meraung kat bilik kaunseling bersama
dengan Pn. Halimaton. Beliau saksi pertama menyaksikan betapa childishnya aku
waktu tu. Nasib baik ada alternatif lain, aku try apply permohonan uitm online
untuk kemasukan kedua. Dengan penuh bangga dan takabur, aku isikan semua 4
pilihan mengikut kesesuaian minat seiring dengan result aku. First choice was
being in Mass Com in broadcast. Selebihnya aku apply bisnes, yang mana second
choice aku dalam bidang pemasaran. Third and forth, aku lupa. Selebihnya doa,
tawakal dan menantikan keputusannya.
Alhamdulillah, aku dapat
panggilan temuduga untuk Mass Com. Kenapa aku pilih bidang ni ? just prefer to
be around with public, loves camera ? Selebihnya entahlah, mungkin sebab kos ni
guarantee akan dapat kat UiTM Shah Alam so means aku still dekat dengan family.
Tapi aku masih mencari hala tuju, inilah padahnya bila waktu kecil tak ambil
point langsung pasal cita-cita. Cikgu tanya bila besar nak jadi apa, aku jawab
nak jadi penyanyi, ini semua gara gara pengaruh Siti Nurhaliza. Sampai pernah
aku layangkan surat ke langit konon konon Allah akan baca, aku minta suara aku
bertukar jadi suara Siti Nurhaliza. Betapa kuatnya iman aku waktu tu. Time temuduga
tu, banyak juga lah candidates yang basically student diploma daripada mass com
itu sendiri. Semua tampak hebat belaka, gorjes semata. Aku yang unprepared
anything ni pun gagah lah merungkai permasalahan yang diutarakan oleh
pemeriksa, and please speak in English, thank you.
Walau bagaimanapun,
dimaklumkan bahawa
anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM :
Program BM240 sepenuh masa,
sarjana muda pentadbiran perniagaan (kepujian) pemasaran fakulti pengurusan
perniagaan. Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan, UiTM KAMPUS
SEGAMAT.
Aku hanya mampu terpana dan
terdiam kaku, aku ronyok ronyok mata, kebil dan kelip dengan istiqomahnya
dengan harapan apa yang aku baca tu hanyalah ilustrasi dongengan semata mata.
rupa rupanya ini kisah benar, aku tidak bermimpi. dunia tiba tiba jadi berubah,
suasana menjadi tegang, keharmonian berpeluang untuk menjadi tidak seimbang.
aku cuba mengkentalkan diri untuk menerima hakikat yang aku akan study di Segamat untuk 6 semester bersamaan dengan
3 tahun, yang 3 jam perjalanan daripada rumah. Tanpa mamy yang tabah, tanpa
abah yang tegas, tanpa adiks yang memerlukan bimbingan dan kongkongan kakaknya.
Aku bukan manja apatah lagi mengada, cuma aku tak pernah berpisah daripada
insan tersayang ini. Seriosly, aku gundah gulana hiba berganti sebak. suka
bergilir duka. Otoke ? otoke ?
Setelah puas bercekerama dengan
diri sendiri dan bermuhasabah mengimarahkan tanggungjawab, aku menyahut cabaran
ini. Yess mamy abah, anak perempuanmu ini akan berjuang ke medan ilmu.
Mempertaruhkan kebebasan dan memperjudikan masa depan demi mengubah nasib
keluarga kita. Seperti manusia biasa, aku stalker semua blog yang ada kaitan
dengan UiTM Segamat ni. Keputusan yang amat mengagumkan, banyaknya komen yang
negatif dangkalnya pengakhiran yang positif. Terus aku jadi gila sekejap.
Delima buas liar menguasai diri, aku buat soalan untuk diri sendiri membuat
jawapan diiringi dengan bisikan laknat yang memberontak mengatakan, nehi nehi !
untuk belajar, kerja lagi bagus. Sebelum dapat tawaran belajar, aku memang
seorang pekerja di syarikat perkhidmatan lesen memandu, jual lesen kat orang
aku sendiri mana ada lesen. Kehidupan berkerja sangat best, buat apa nak
belajar kan.
Haa ! inilah mentaliti masyarakat
muda mudi sekarang. Kalau dah dapat pegang duit, ilmu kira belakang. Ada apa
dengan ilmu, kalau langsung tak boleh buat orang jadi kaya. Iyalah, persaingan
kerja kan semakin hebat. Belajar setinggi mana pun, bukannya jaminan kalau
hidup akan senang. And there’s the life plays it role, biar jadi orang yang
kaya dengan ilmu jangan jadi orang kaya yang kurang dengan ilmu. Hidup tak
kemana kalau hanya mengejar kayanya dunia, hidup takkan puas selagi kita hanya
mengejar puasnya nilai kemewahan. Ilmu tak mampu dibayar dengan duit, kerana
harganya mahal. Hanya mampu diperoleh dengan belajar. Sebagai anak yang sulung
aku dianggap persis pendekar. Perlu berjuang sebelum menyimpan senjata. Aku hidup bukan
untuk diri aku sendiri, tapi untuk ibu bapa dengan keluarga. Ketepikan egois
dan maju mengalas tanggungjawab. Here I come UiTM Segamat !
Waktu STPM aku paling tak
berkenan mata pelajaran Pengurusan Perniagaan. Dahlah boring, satu apa pun aku
tak faham, student paling tak fokus dalam kelas ni la dan waktu tu cikgu akan
bertubi tubi menanya soalan dengan harapan student dia, please focus. Time
kelas PP aku akan pastikan stok minyak cap kapak ada, fungsi bukan untuk kepala
tapi ditonyoh kat pinggir mata. Tapi target kehidupan aku pun mula bercorak
lepas mamy masuk giat mara dalam bidang bakery. Tersergam indah kesungguhan
beliau nak wujudkan perniagaan bakery. Indahnya ketentuan Allah, manisnya jalan
cerita yang dirancang olehNya. Ada hikmahnya kenapa aku tak terpilih sebagai
mahasiswi dalam bidang media komunikasi. Hidup untuk diri sendiri, pentingkan
diri. Hidup untuk orang sekeliling, wujudnya kehidupan. In sha Allah, aku akan
menjadi tulang belakang yang kuat untuk membangunkan impian mamy. Dan itulah
aku jadikan sebagai, cita cita.
‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu’ – Surah Al-Baqarah: 216
'The roomates'