Friday, 24 May 2013

Self Independent




Assalamualaikum


Jodoh itu pasti, jangan hanya bergoyang kaki sambil tersengih. Usaha pun kena, andai masanya sudah tiba. Hidup memang berlandaskan cinta, subjektif wajahnya. Meraih cinta sang manusia perlukan sifat yang cerewet, penghadang antara jernih dan keruh. Dalam cinta ada nafsu, manusia tersungkur ikutkan hati. manusia yang bijak berpandukan akal. Pupukkan cinta Illahi, In sha Allah cinta sejati pasti menjadi hak milik kekal till Jannah.

Ramai kawan-kawan aku yang kahwin muda, anak pun tak kurang comelnya, kacak belaka. Alhamdulillah, itu rezeki dorang. Aku yang masih bujang ini sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka sampai ke syurga. Tak kurang juga mendoakan rezeki untuk diri sendiri supaya sentiasa tabah menjadi wanita berdiri di kaki sendiri, hidup demi kepentingan sendiri, makan pakai untuk keselesaan sendiri. Semuanya sendiri. Menyendiri dengan cara yang tersendiri.

Siapa cakap hidup sendiri tak best ? banyak kelebihannya. Selain daripada mengurangkan kos prepaid, aku juga mampu bermain hide and seek dengan telefon bimbit yang tak berapa nak canggih ni. Aku juga mampu mencuba pelbagai perisa coolblog daripada menyimpan duit untuk pergi date. Aku dapat bertegur sapa daripada pelbagai jenis lapisan umur daripada dikongkong atas urusan peribadi. Tak kurang juga aku mampu terbahak bersama RunningMan daripada bersusah payah ke panggung wayang dan makan popcorn yang mahal.

Penuhi tanggungjawab diri sebelum melipatgandakan tanggungjawab yang belum pasti mampu dipikul. Persiapkan diri dengan ilmu supaya risiko untuk jatuh dapat ditangkis laju. Cinta memang indah, sama seperti bunga tapi jangan lupa dia ada duri. Dia komitmen yang suci tampak bergaya, tersilang langkah menjadi hamba kepada cinta manusia yang samar pendiriannya. Dia bukan objek permainan untuk manusia, sebab mainannya mampu memainkan kitaran hidup. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai.  Betul tak, Miss A ?



4 comments:

نورول عظيمه بنت اسماري said...

Miss A? Who miss A?

Jela Janela said...

Yang penting bukan kau. mihihi. gerup dalam youtube share tu ba.

نورول عظيمه بنت اسماري said...

Gerup? ndak nmpk pun aku?

Jela Janela said...

yang menyanyi dalam youtube tu ba randaaaa~