Sunday, 24 March 2013

Bekalan masa depan


Assalamualaikum

Aku lepasan STPM, result aku tak lah hebat. Oleh kerana tahap matang yang kurang, aku boleh tak submit permohonan UPU. Betul, semestinya aku meraung kat bilik kaunseling bersama dengan Pn. Halimaton. Beliau saksi pertama menyaksikan betapa childishnya aku waktu tu. Nasib baik ada alternatif lain, aku try apply permohonan uitm online untuk kemasukan kedua. Dengan penuh bangga dan takabur, aku isikan semua 4 pilihan mengikut kesesuaian minat seiring dengan result aku. First choice was being in Mass Com in broadcast. Selebihnya aku apply bisnes, yang mana second choice aku dalam bidang pemasaran. Third and forth, aku lupa. Selebihnya doa, tawakal dan menantikan keputusannya.

Alhamdulillah, aku dapat panggilan temuduga untuk Mass Com. Kenapa aku pilih bidang ni ? just prefer to be around with public, loves camera ? Selebihnya entahlah, mungkin sebab kos ni guarantee akan dapat kat UiTM Shah Alam so means aku still dekat dengan family. Tapi aku masih mencari hala tuju, inilah padahnya bila waktu kecil tak ambil point langsung pasal cita-cita. Cikgu tanya bila besar nak jadi apa, aku jawab nak jadi penyanyi, ini semua gara gara pengaruh Siti Nurhaliza. Sampai pernah aku layangkan surat ke langit konon konon Allah akan baca, aku minta suara aku bertukar jadi suara Siti Nurhaliza. Betapa kuatnya iman aku waktu tu. Time temuduga tu, banyak juga lah candidates yang basically student diploma daripada mass com itu sendiri. Semua tampak hebat belaka, gorjes semata. Aku yang unprepared anything ni pun gagah lah merungkai permasalahan yang diutarakan oleh pemeriksa, and please speak in English, thank you.

Walau bagaimanapun,

dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM :
Program BM240 sepenuh masa, sarjana muda pentadbiran perniagaan (kepujian) pemasaran fakulti pengurusan perniagaan. Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan, UiTM KAMPUS SEGAMAT.

Aku hanya mampu terpana dan terdiam kaku, aku ronyok ronyok mata, kebil dan kelip dengan istiqomahnya dengan harapan apa yang aku baca tu hanyalah ilustrasi dongengan semata mata. rupa rupanya ini kisah benar, aku tidak bermimpi. dunia tiba tiba jadi berubah, suasana menjadi tegang, keharmonian berpeluang untuk menjadi tidak seimbang. aku cuba mengkentalkan diri untuk menerima hakikat yang aku akan study  di Segamat untuk 6 semester bersamaan dengan 3 tahun, yang 3 jam perjalanan daripada rumah. Tanpa mamy yang tabah, tanpa abah yang tegas, tanpa adiks yang memerlukan bimbingan dan kongkongan kakaknya. Aku bukan manja apatah lagi mengada, cuma aku tak pernah berpisah daripada insan tersayang ini. Seriosly, aku gundah gulana hiba berganti sebak. suka bergilir duka. Otoke ? otoke ?

Setelah puas bercekerama dengan diri sendiri dan bermuhasabah mengimarahkan tanggungjawab, aku menyahut cabaran ini. Yess mamy abah, anak perempuanmu ini akan berjuang ke medan ilmu. Mempertaruhkan kebebasan dan memperjudikan masa depan demi mengubah nasib keluarga kita. Seperti manusia biasa, aku stalker semua blog yang ada kaitan dengan UiTM Segamat ni. Keputusan yang amat mengagumkan, banyaknya komen yang negatif dangkalnya pengakhiran yang positif. Terus aku jadi gila sekejap. Delima buas liar menguasai diri, aku buat soalan untuk diri sendiri membuat jawapan diiringi dengan bisikan laknat yang memberontak mengatakan, nehi nehi ! untuk belajar, kerja lagi bagus. Sebelum dapat tawaran belajar, aku memang seorang pekerja di syarikat perkhidmatan lesen memandu, jual lesen kat orang aku sendiri mana ada lesen. Kehidupan berkerja sangat best, buat apa nak belajar kan.

Haa ! inilah mentaliti masyarakat muda mudi sekarang. Kalau dah dapat pegang duit, ilmu kira belakang. Ada apa dengan ilmu, kalau langsung tak boleh buat orang jadi kaya. Iyalah, persaingan kerja kan semakin hebat. Belajar setinggi mana pun, bukannya jaminan kalau hidup akan senang. And there’s the life plays it role, biar jadi orang yang kaya dengan ilmu jangan jadi orang kaya yang kurang dengan ilmu. Hidup tak kemana kalau hanya mengejar kayanya dunia, hidup takkan puas selagi kita hanya mengejar puasnya nilai kemewahan. Ilmu tak mampu dibayar dengan duit, kerana harganya mahal. Hanya mampu diperoleh dengan belajar. Sebagai anak yang sulung aku dianggap persis pendekar. Perlu berjuang  sebelum menyimpan senjata. Aku hidup bukan untuk diri aku sendiri, tapi untuk ibu bapa dengan keluarga. Ketepikan egois dan maju mengalas tanggungjawab. Here I come UiTM Segamat !

Waktu STPM aku paling tak berkenan mata pelajaran Pengurusan Perniagaan. Dahlah boring, satu apa pun aku tak faham, student paling tak fokus dalam kelas ni la dan waktu tu cikgu akan bertubi tubi menanya soalan dengan harapan student dia, please focus. Time kelas PP aku akan pastikan stok minyak cap kapak ada, fungsi bukan untuk kepala tapi ditonyoh kat pinggir mata. Tapi target kehidupan aku pun mula bercorak lepas mamy masuk giat mara dalam bidang bakery. Tersergam indah kesungguhan beliau nak wujudkan perniagaan bakery. Indahnya ketentuan Allah, manisnya jalan cerita yang dirancang olehNya. Ada hikmahnya kenapa aku tak terpilih sebagai mahasiswi dalam bidang media komunikasi. Hidup untuk diri sendiri, pentingkan diri. Hidup untuk orang sekeliling, wujudnya kehidupan. In sha Allah, aku akan menjadi tulang belakang yang kuat untuk membangunkan impian mamy. Dan itulah aku jadikan sebagai, cita cita.

‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu’ – Surah Al-Baqarah: 216





 'The roomates'