“ When she is born,
she opens the gates to Paradise. When she’s married she has completed her
Religion. When she’s a mother, Paradise lies under her feet ”
Assalamualaikum
She’s so awesome, she’s the
legend. That’s my Mommy. Seorang wanita yang berhati teguh, berjiwa besar, sentiasa
tenang walaupun dia tahu betapa ganasnya ribut taufan mengegarkan bumi. Namun, gentar
bukan dirinya. Berbeza dengan anaknya, yang sangat takut tengok cerita seram.
Mudah merengek tatkala hidup mendengus kejam. But then, Alhamdulillah. I
learned a lot, everything.
Wanita itu, tetap bersabar walau
sentiasa tersungkur demi mencari secebis kenikmatan Illahi. Sentiasa bersyukur
walau rezeki hanya segenggam roti kering mengalas perut. Sentiasa terkorban dalam kepentingannya
sendiri untuk menyempurnakan hak kemanusiaan di sekelilingnya. Teguh memikul
tanggungjawab walau seberat alam. Tidak pernah mengeluh dengan gelaran ratu
rumahtangga. I’m proud for being your daughter.
Dia tetap sporting walau anaknya
ini sentiasa pulang dengan baju dan kasut sekolah yang kotor setiap hari. Tetap
bersabar walau anaknya ini dulu nakal, tomboy, suka main guli bola, panjat
pokok depan rumah semata mata nak mengendap jiran tingkat 2. Namun, berlagak
selamba apabila anaknya ini selalu dirotan, ditibai, dicerca oleh ketua
rumahtangga apabila kenakalan anaknya melebihi had limit yang dibenarkan dengan
senyuman yang sinis. Acap kali memendam amarah dengan kebengongan anaknya yang
hanya tau memenuhi kandungan tong sampah kerana itu sahaja peluang anaknya
untuk turun bermain dengan rakan-rakannya. Sangat memahami dengan keadaan
anaknya yang buta dengan erti kehidupan. Your everthing, your Supermother !
Terima kasih kerana melahirkan
anak yang tak cukup bulan ini ke dunia. Terima kasih kerana membentuk kehidupan
seorang gadis ini menjadi pelangi yang berwarna warni. Terima kasih kerana
mengongkong dunia gadis ini agar tidak terlalu bebas dengan jalan yang buta. Terima
kasih kerana menjadi juri tetap dalam perilaku gadis ini agar tidak terkandas
dari landasan nyata. Terima kasih kerana memahami keadaan gadisnya yang selalu
mengalami split identity. Saya sayang Mommy !
suatu malam yang nak dekat pukul 12, 12 Mei.
Le anak gadis : Mommy, selamat Hari Ibu ! *krik krik
Le Mommy : Oh iyakan, Hari wesak bah pula kan. *krik krik
Le anak gadis : ‘apa kena mengena wesak dengan hari ibu’
*senyap dihujung talian lalu terputus.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sejak aku kecil. Amin.
Appreciate them everywhere and everyday



3 comments:
Rindu mommy... :'(
mamymu ka mamyku ?
Dua dua...mumy mu mumy ku jua,.
Post a Comment