Sunday, 12 May 2013

She's a Supermother


“ When she is born, she opens the gates to Paradise. When she’s married she has completed her Religion. When she’s a mother, Paradise lies under her feet ”

Assalamualaikum

She’s so awesome, she’s the legend. That’s my Mommy. Seorang wanita yang berhati teguh, berjiwa besar, sentiasa tenang walaupun dia tahu betapa ganasnya ribut taufan mengegarkan bumi. Namun, gentar bukan dirinya. Berbeza dengan anaknya, yang sangat takut tengok cerita seram. Mudah merengek tatkala hidup mendengus kejam. But then, Alhamdulillah. I learned a lot, everything.

Wanita itu, tetap bersabar walau sentiasa tersungkur demi mencari secebis kenikmatan Illahi. Sentiasa bersyukur walau rezeki hanya segenggam roti kering mengalas perut.  Sentiasa terkorban dalam kepentingannya sendiri untuk menyempurnakan hak kemanusiaan di sekelilingnya. Teguh memikul tanggungjawab walau seberat alam. Tidak pernah mengeluh dengan gelaran ratu rumahtangga. I’m proud for being your daughter.

Dia tetap sporting walau anaknya ini sentiasa pulang dengan baju dan kasut sekolah yang kotor setiap hari. Tetap bersabar walau anaknya ini dulu nakal, tomboy, suka main guli bola, panjat pokok depan rumah semata mata nak mengendap jiran tingkat 2. Namun, berlagak selamba apabila anaknya ini selalu dirotan, ditibai, dicerca oleh ketua rumahtangga apabila kenakalan anaknya melebihi had limit yang dibenarkan dengan senyuman yang sinis. Acap kali memendam amarah dengan kebengongan anaknya yang hanya tau memenuhi kandungan tong sampah kerana itu sahaja peluang anaknya untuk turun bermain dengan rakan-rakannya. Sangat memahami dengan keadaan anaknya yang buta dengan erti kehidupan. Your everthing, your Supermother !

Terima kasih kerana melahirkan anak yang tak cukup bulan ini ke dunia. Terima kasih kerana membentuk kehidupan seorang gadis ini menjadi pelangi yang berwarna warni. Terima kasih kerana mengongkong dunia gadis ini agar tidak terlalu bebas dengan jalan yang buta. Terima kasih kerana menjadi juri tetap dalam perilaku gadis ini agar tidak terkandas dari landasan nyata. Terima kasih kerana memahami keadaan gadisnya yang selalu mengalami split identity. Saya sayang Mommy !

suatu malam yang nak dekat pukul 12, 12 Mei.
Le anak gadis     :  Mommy, selamat Hari Ibu ! *krik krik
Le Mommy         :  Oh iyakan, Hari wesak bah pula kan. *krik krik
Le anak gadis     :  ‘apa kena mengena wesak dengan hari ibu’ *senyap dihujung talian lalu terputus.



Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sejak aku kecil. Amin.


Appreciate them everywhere and everyday